Khamis, 26 Julai 2018 | 1:04pm

Dua sahabat hasilkan gincu jenis tahan lama

KUALA LUMPUR: Produk kecantikan khususnya barangan dandanan diri seperti gincu mendapat permintaan tinggi dan paling laris di pasaran terutama yang jenis tahan lama.

Gincu matte umpamanya menjadi trend terkini yang sering dicari wanita kerana didatangkan dengan pelbagai pilihan warna dan kering pada bibir.

Tidak mustahil, pelbagai jenama kosmetik itu banyak didapati di pasaran dan mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri bagi memenuhi cita rasa wanita yang sentiasa mendambakan aura penampilan anggun.

Antaranya, gincu matte dari jenama Kate, yang ilhamkan dua sahabat baik, iaitu Aishah Salleh dan Ira Taharin dengan menampilkan tiga warna menarik, iaitu "peache", "pinky" dan "reddish".

Bagi pengasas bersama produk kecantikan Kate Cosmetic itu, Aishah dan Ira mahu pengguna berpuas hati menggunakan gincu jenamanya kerana ia lebih tahan lama dengan warna paling digemari pada masa kini.

Aishah berkata, pihaknya mengeluarkan produk yang berkualiti lantas ia melalui proses pembangunan dan penyelidikan (R&D) sebelum dipasarkan.


PENGASAS bersama produk kecantikan Kate Cosmetic, Aishah Salleh (kiri) dan Ira Taharin. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

"Produk kami menggunakan bahan semua jadi seperti shea butter dan minyak Zaitun supaya dapat mengekalkan kelembapan serta mengelak kesan sampingan terutama mereka yang bibir kering.

"Saya yakin, Kates Cosmetic setanding dengan produk antarabangsa dan berkualiti dengan harga yang mampu.

"Setakat ini, kami sudah memasarkan lebih 2,000 gincu menerusi jualan dalam talian. Sehingga ini kami ada 10 wakil jualan di beberapa negeri dan menyasarkan jualan ke luar negara, hujung tahun ini," katanya

Beliau berkata, permintaan produk kosmetik sentiasa menggalakkan, faktor ini memberi peluang pihaknya meneroka pasaran lebih jauh dalam bidang itu.

Katanya, permintaan memberangsangkan dalam pelbagai saluran khususnya menerusi jualan dalam talian memudahkan pemasaran.

Promosi secara maya ini memberi peluang usahawan wanita mengoptimumkan waktu pengurusan secara anjal.

Mereka boleh mengurus rumah tangga dan pada masa sama menjalankan perniagaan, selain berisiko rendah.

"Kerjaya sebagai bekas model majalah kecantikan membolehkan saya mendalami pasaran kosmetik manakala Ira yang pengasas bersama Empire Medispa berpengalaman luas dalam bidang kecantikan dan salun

"Dengan latar belakang dan minat sama membuatkan kami lebih serasi terbabit dalam bidang itu," katanya.

704 dibaca
Berita Harian X