Khamis, 22 March 2018 | 9:44am
KOLEKSI Masker Dr. Jou daripada Jou Jun Xu di Taman Tun Dr. Ismail. - Foto Amirudin Sahib
JOU Jun Xu memakaikan sendiri mask kecentikan tersebut ketika pelancaran Mask Dr. Jou di Taman Tun Dr. Ismail. - Foto Amirudin Sahib

Masker muluskan kulit wajah

PENGGUNAAN pupur wajah atau masker antara kaedah rawatan mengekalkan keayuan sekiranya ia dilakukan secara konsisten dan kaedah betul.

Pupur wajah membantu kulit kekal segar, elak kusam, berbelang atau sering kelihatan ton kulit tidak sekata akibat selaran matahari.

Bagi individu yang kulit berminyak pupur wajah antara jawapan terbaik untuk mengurangkan masalah itu.

Permintaan atas produk ini semakin popular sejak kebelakangan ini dalam kalangan pencinta kecantikan membuatkan penawaran produk pupur semakin meluas selain pembersih wajah, penyegar dan pelembap.

Doktor Kosmetologi, Dr Jou Jun Xu, berkata penggunaan pupur wajah mampu memberikan pelbagai manfaat kepada kulit bergantung kepada keperluan dan pemilihan bahan.

Katanya, antara berfungsi utama pupur untuk membuang sel kulit mati di lapisan atas kulit


PELANCARAN Masker Dr. Morita oleh Jou Jun Xu (empat dari kiri) bergambar bersama-sama tetamu yang hadir di Taman Tun Dr. Ismail. - Foto Amirudin Sahib

"Pupur membantu mengembalikan melembapkan kulit muka. Malah, rutin pemakaian pupur wajah mampu menegangkan kulit dan melambatkan proses penuaan seperti kedutan kulit dan garis halus.

"Jika rajin dan mengamalkan secara konsisten, pasti kulit mereka lebih lembut dan licin," katanya pada majlis pelancaran topeng muka Dr Jou Essence Hyaluronic Acid Hydra Mask, di sini, baru-baru ini.

Penggunaan bahan semula jadi seperti esktrak sarang burung, bunga-bungaan, mulberi, susu soya dan gabungan kecanggihan teknologi memberikan kesan sempurna.

"Penggunaan antara 15 minit sehingga 20 minit dan lakukan urutan perlahan-lahan untuk merangsang sel kulit," katanya.

Gabungan enam pati Asid Hyaluronik jenama itu sesuai untuk kulit wanita Asia.

275 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »