Khamis, 7 September 2017 | 4:39pm
MEE Laksa Nyonya. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Mi laksa nyonya

Nyonya laksa makanan berkuah seperti mi yang popular di negara ini dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina (peranakan) yang berhijrah ke Tanah Melayu.

Perkataan laksa mungkin berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah digunakan seperti rempah ratus.

Nyonya laksa ini terkenal dengan rasanya yang lemak masam, tidak menggunakan ikan berbanding laksa biasa dan hanya menggunakan air rebusan ayam direneh bersama daun kesum dan bunga kantan.

Campuran mi kuning atau bihun dan sedikit sayuran seperti sawi, kacang panjang, terung dan sedikit taufu kering. Ia juga enak dimakan bersama sambal tumis untuk dijadikan sebagai penambah rasa pedas laksa itu.

Anda boleh cuba untuk menghasilkan nyonya laksa yang dihasilkan oleh Chef Banquet, Chef Muhammad Ramli, dari Vivatel, Kuala Lumpur.

Bahan-bahan:

5 biji bawang merah (dikisar)

1 biji bawang putih (dikisar)

1/2 inci halia (dikisar)

1 sudu udang kering (dikisar)

1/2 inci kunyit hidup (dikisar)

1 bunga kantan

10 helai daun kesum

Sedikit air asam jawa

200 gram (g) santan

100 g susu cair

500 g air rebusan ayam


Bahan-bahan

Bahan mi:

200 g mi kuning

20 g kacang panjang

10 g sawi dan terung

10 g taugeh (dicelur)

10 g taufu kering bulat

1 biji telur rebus

Sedikit hirisan ayam

Cara penyediaan

1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan air rebusan ayam, daun kesum, bunga kantan dan tunggu hingga mendidih.

3. Selepas itu masukkan air asam, santan, susu cair dan laraskan rasa secukupnya.

4. Tunggu hingga mendidih sebentar. Selepas itu masukkan semua sayuran hingga empuk sebentar.

5. Akhir sekali masukkan tauhu kering dan hirisan ayam.

6. Hidangkan bersama taugeh, telur dan limau kasturi.


1.


2.


3.


4.

Info

* Jangan gunakan lemon sebagai pengganti kepada asam jawa kerana rasanya berbeza.

* Jangan gunakan belacan kerana sudah menggunakan udang kering sebagai penambah rasa.

508 dibaca
Berita Harian X