Isnin, 21 Ogos 2017 | 8:18pm
PEMAIN Malaysia, Mohd Shahfiq Mohd Sharif (kiri) cuba menangkap bola pada aksi kriket lelaki Malaysia menentang Myanmar di Sukan SEA KL2017 di Kinrara Oval. - Foto Aswadi Alias.

Malaysia belasah Myanmar dengan 10 wicket


PEMAIN Malaysia, Mohd Shahfiq Mohd Sharif melakukan pukulan pada aksi kriket lelaki Malaysia menentang Myanmar di Sukan SEA KL2017 di Kinrara Oval. - Foto Aswadi Alias.

KUALA LUMPUR: Malaysia hanya melakukan empat over untuk mencatat larian diperlukan bagi membelasah Myanmar dengan 10 wicket untuk kemenangan kedua pusingan round robin Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), hari ini.

Kemenangan di Kinrara Oval itu meletakkan Malaysia di tangga teratas dengan kelebihan kadar larian berbanding Singapura - lawan yang akan ditemui Rabu ini untuk penentuan pingat emas.

Derek Michael Duraisingam menjadi pemusnah utama Myanmar apabila menyingkirkan tiga pemukul terbaik mereka sebelum menjatuh lima wicket untuk 26 larian.

Wafiq Irfan Zarbani mendapatkan empat wicket untuk 13 dengan hanya dua pemukul Myanmar mencatat larian melebihi 10.

Singapura sebaliknya, tewas enam wicket ketika mencatat 100 larian untuk menewaskan Myanmar dengan empat wicket pada Ahad.

Myanmar menamatkan pusingan round robin dengan hanya satu kemenangan selepas bermain empat perlawanan.

Sementara itu, saingan 50 over wanita dikecilkan kepada empat pasukan selepas Myanmar menarik diri.

158 dibaca
Berita Harian X