Ahad, 13 Ogos 2017 | 11:06am
MODEL yang siap dengan dandanan rambut Pengantin. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Fesyen rambut anggun pada hari bahagia

MENDANDAN rambut pada hari pertunangan atau perkahwinan untuk kelihatan lebih cantik, anggun dan sempurna.

Pelbagai jenis dandanan yang boleh dilakukan ramai sama ada untuk melepaskan rambut atau membuat sanggul.

Wajah tambah berseri dengan dandanan sesuai dan baju pengantin cantik.

Pendandan rambut, Katie Kung, berkongsi cara mendandan rambut untuk majlis perkahwinan yang mungkin anda ambil sebagai inspirasi untuk hari bersejarah anda.

Katanya, kaedah ini mudah dan tidak memakan banyak masa, namun masih mengekalkan kejelitaan pengantin.

"Mempelai wanita kelihatan cukup jelita dengan dandanan rambut. Ada pengantin yang sudah idea untuk dandanan, sesetengahnya meminta pandangan daripada jurusolek," katanya.

Langkah demi langkah

1. Bahagikan rambut kepada tiga bahagian dan ikat.

2. Longgarkan ikatan rambut terbabit kemudian tocangkan dan pintal dandanan itu. Sekali lagi, longgarkan rambut yang sudah ditocangkan itu supaya rambut tampak semula jadi dan lebih klasik.

3. Lakukan perkara yang sama kepada bahagian rambut yang dibahagikan tadi.

4. Bawa rambut itu ke bahagian kiri dan kanan, seterusnya gunakan pin untuk sematkan. Semburkan dengan semburan rambut High & Flexible Sachajuan.

5. Kemaskan bahagian depan rambut dan gunakan teknik sasak rambut bagi menampakkan rambut lebih penuh, kembang dan lebat.

6. Untuk tampak lebih kemas gunakan alat pelurus rambut atau pengering rambut untuk memberi bentuk yang lebih cantik. Akhir sekali bagi ketahanan rambut gunakan semburan rambut.

INFO

Tip rambut sihat

  • Sapukan minyak kelapa pada rambut.
  • Hitam dan bersinar dengan menggunakan santan.
  • Sejukkan dan suburkan kulit kepala dengan aloe vera.
373 dibaca
Berita Harian X