Sabtu, 29 September 2018 | 2:45pm
Daiyan tampak selesa menyarung baju kahwin Rico Rinaldi.

Rico Rinaldi beri pilihan untuk bakal pengantin

KUALA LUMPUR: Tanggal 25 September lalu tercipta sejarah tersendiri bagi pereka fesyen Rico Rinaldi dengan melancarkan koleksi pengantin terbarunya untuk tahun 2019.

Majlis berkenaan berlangsung di Eatropica @ Skypark, NU Sentral KL.

Mempamerkan 20 penampilan dari tradisional dan juga modern twist, dari material baju songket kebaya dengan perhiasan manik hingga ke gaun putih labuh. Perincian manik yang teliti turut dipadankan dengan pemotongan siluet yang simple.

Kebanyakan rekaan kali ini menggunakan korset asas, pakaian memeluk tubuh (slim cut) dengan lapisan tulle, lapisan chiffon bertingkat dengan kekemasan kristal dan kesan pemotongan laser.

Koleksi kali ini juga banyak menggunakan fabrik french lace serta lace berperincian tali halus yang dilapiskan dengan fabrik bertona warna kulit supaya corak lace kelihatan lebih jelas.

Ini antara elemen yang digunakan pada kebanyakan rekaan.Rico Rinaldi percaya bahawa pengantin wanita patut memuji pakaian tersebut bukan pakaiannya.

Dikenali sebagai seorang pakar dalam hasil perincian maniknya, Rico Rinaldi juga tahu apa yang terbaik untuk pelanggannya.


Pesona Daiyan terserlah dengan busana kahwin Rico Rinaldi.

“Pada setiap tahun, pakaiannya yang berelemen haute couture memberi pengantin merasai keseronokan pada hari bahagia mereka,” kata Rico.

Rico Rinaldi juga sudah mencapai ulang tahunnya yang ke-11 dalam industri fesyen ini sekali gus dia mengetahui bahawa semua pengantin mempunyai pelbagai cita rasa antara tradisional mahupun moden seperti mana gaun labuh atau kebaya yang dihasilnya.

“Pada tahun saya menekankan lebih banyak garis pinggang yang dipadankan dengan tali pinggang halus untuk memberi bentuk badan lebih kelihatan.

"Saya mahu mereka menunjukkan pinggang mereka seolah-olah ia menjadi kunci utama untuk pengantin tahun ini. Dengan pelbagai lacework, beading, dan hiasan yang rumit, saya juga memberi perhatian memperincikan siluet yang ringkas yang menjadi kebiasaan dalam koleksi pengantinnya.

“Gaun putih memang sentiasa cantik dan menjadi warna pilihan, tetapi ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkannya,” katanya.

Untuk koleksi 2019, Rico turut memperkenalkan selebriti Daiyan Trisha sebagai wajah baru koleksi pengantinnya itu.

“Dia seorang gadis yang muda, ceria, peramah dan moden. Dia dilihat mampu memberi inspirasi pada generasi akan datang,” kata Rico.

290 dibaca
Berita Harian X