Rabu, 23 Ogos 2017 | 11:41am
REKAAN terkini pereka tersohor Ezuwan Ismail ketika Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 (2017). - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

Ezuwan Ismail tampil koleksi lebih berani

Melihatkan 12 rekaan terkini pereka tersohor Ezuwan Ismail ketika Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear 2017 (2017) yang berakhir hujung minggu lalu jelas menyaksikan kelainan yang cuba ditonjolkan dalam koleksi terbarunya kali ini.

Koleksi yang dinamakan Ezuwan Ismail Cruise 2017, diinspirasikan daripada pengalaman dan pemerhatiannya setiap kali melancong ke luar negara.

Ezuwan berkata, koleksi kali ini disifatkan lebih mewah dan eksklusif memandangkan banyak perincian dihasilkan secara jahitan tangan yang memerlukan lebih ketelitian.

"Rekaan kali ini saya lebih banyak menjadikan jenama antarabangsa sebagai rujukan utama.

"Hasil daripada pemerhatian dan penyelidikan berkenaan saya gabungkan pula dengan pengalaman sendiri dan 'signiture' Ezuwan Ismail untuk menghasilkan rekaan yang amat berbeza daripada apa yang pernah dihasilkan sebelum ini," katanya.

Selain mengikut aliran terkini fesyen semasa, koleksi Cruise ini juga nampak lebih berani, menyerlahkan kematangan Ezuwan dalam menghasilkan rekaan.

435 dibaca
Berita Harian X