Jumaat, 18 Ogos 2017 | 3:42pm

Tampil berbeza dengan tudung bawal

PENAMPILAN bertudung lebih manis, menarik dan cantik jika bijak mempelbagaikan cara pemakaiannya.

Dengan material, rekaan dan corak tudung membolehkan gayakan mengikut cita rasa.

Tudung bawal yang diperbuat daripada kain kapas mudah dipakai, menjimatkan masa, kurang penggunaan pin.

Malah ia tidak susah digayakan mengikut bentuk muka seseorang, selain mudah digosok.

Jadi cuba, gayakan tudung bawal supaya penampilan tampak jelita dengan dua kaedah pemakaiannya.

* Langkah demi langkah - Kaedah pertama

1. Lipat tudung berkenan membentuk tiga segi dan pinkan pada bawah dagu.

2. Ambil sebelah tudung anda dan pinkan di bahagian sisi kepala.

3. Sebahagian tudung lagi diselitkan pada bahagian bahu.

4. Kemaskan supaya ia kelihatan rapi dan siap digayakan.

* Langkah demi langkah - Kaedah kedua

1. Lipat tudung berkenan membentuk tiga segi dan letakkan pada kepala.

2. Sisihkan tudung sehingga rapi.

3. Ukur tudung pada hujung wajah dan pinkan di belakang kepala.

4. Ambil hujung sebelah tudung dan pinkan pada bahagian telinga

5. Kemaskan dan siap digayakan.

853 dibaca
Berita Harian X