Rabu, 2 Ogos 2017 | 5:20pm

Kuasa gaya serlahkan identiti

Pastinya ramai berdiri di depan cermin, pelbagai andaian dan persoalan terlintas di fikiran. Adakah saya bergaya atau berpakaian seperti ibu atau anak? Adakah saya bergaya sesuai umur? Adakah saya memaksimumkan kelebihan rupa paras yang ada? atau mungkin juga merasakan pakaian yang dipakai kelihatan seperti dipinjam daripada orang lain?


PARIS, FRANCE - MARCH 2: Fashion blogger Kristina Bazan wears Zara shoes, Rochas jacket, trousers and bag on day 2 during Paris Fashion Week Autumn/Winter 2016/17 on March 2, 2016 in Paris, France. (Photo by Kirstin Sinclair/Getty Images)*** Local Caption *** Kristina Bazan[FOTO Kirstin Sinclair /BH]

Antara perkara lain yang kadangkala kita fikirkan:

Sama ada warna pakaian kita terlalu terang atau reka coraknya terlalu 'sesak' hingga menyakitkan mata atau mungkin tebuk leher terlalu luas hingga nampak dada yang sepatutnya ditutup atau mungkin rasa pakaian terlalu menutup badan.

Paling takut adakah gaya kita lebih tua daripada usia sebenar. Apa sebenarnya gaya dalam interpretasi ketrampilan wanita kontemporari.


PARIS, FRANCE - OCTOBER 02: Jessica Alba is seen arriving at Valentino Fashion show during Paris Fashion Week Spring/Summer 2017 on October 2, 2016 in Paris, France. (Photo by Jacopo Raule/GC Images)[FOTO Jacopo Raule /BH]

Wanita berusia 50-an. Gaya perlu tampak yakin walau berumur 50 tahun, jika berani menggayakan skirt mini, tiada siapa yang boleh menghalang (tetapi bersedia untuk melihat ramai orang ramai menoleh serta memandang sinis pada anda.Kini ada pelbagai pilihan menarik di pasaran untuk semua peminat fesyen pelbagai usia. Pakai apa yang paling selesa dan jangan terlalu memikirkan hal remeh yang boleh menghalang berfesyen.

Pelajari gaya pakaian terbaik untuk personaliti anda. Pakaian sesuai dan tepat dapat menyerlahkan keanggunan dan keperibadian.

Bagi wanita berusia 20-an. Anda beruntung kerana inilah masanya untuk berfesyen tanpa had dan sempadan (Selagi ia sesuai dengan latar belakang dan budaya). Segala-galanya tentang gaya individu yang unik dan tersendiri.

Pada usia ini, anda juga bebas bereksperimantasi dengan rekaan, warna, corak, suai padan dan aksesori.

Sama ada untuk siang atau malam, pilih dan gayakan rekaan gaun yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan, ceria dan penuh warna. Jika gaun terbuka di bahagian atas, pastikan labuh kain adalah lebih panjang.

Padankan jeans dengan rekaan baju yang unik. Pelbagai variasi pilihan ada di pasaran. Antara yang menarik rekaan banyak ropol atau tumpukan pada garis leher. Pastikan ia menarik dan menyerlahkan gaya anda.

Apabila memilih skirt, fikirkan rekaan yang manis dan tidak keterlaluan. Contohnya, rekaan skirt dengan teknik lipatan, ropol, potongan garis-A, kembang dan lurus.

Bereksperimentasi dengan jaket dan kot. Padankan blazer dengan gaun kembang, jaket kulit potongan bomber dengan blaus floral atau kot potongan princess dipadankan dengan skinny jeans dan tank.

Untuk ke pejabat pula tidak salah jika anda gemar memakai pakaian dalam rekaan yang serupa (contohnya: baju kurung atau kebaya, jaket dan skirt) rona seakan sama. Pastikan dalam variasi tekstur dan reka corak berlainan dalam jangka masa seminggu anda bekerja. Individu yang berpengaruh ada gaya individu yang unik dan tersendiri.

Jangan cuba berpakaian seperti selebriti atau bintang filem kerana sebahagian besar kita bukan pelakon. Jangan fikir apa yang hebat digayakan oleh Jennifer Lopez atau Erra Fazira akan kelihatan hebat juga apabila digayakan anda (kerana ia mungkin akan sebaliknya).

Boleh bereksperimen dengan trend kerana mahu meniru gaya selebriti tertentu. Cuba cari identiti sendiri.

Untuk lebih stylish, perlu padan secara keseluruhan. Jaket, gaun, skirt, seluar dan kasut mungkin berkualiti dan daripada jenama hebat, tetapi paling penting adakah ia sesuai dipadankan satu sama lain?

Gaya sesuatu yang peribadi. Rasa yakin untuk menggayakan sesuatu rekaan, teruskan niat dan bereksperimen dengan fesyen.

Gaya menawan adalah apabila hanya memperlihatkan paling minimal bahagian tubuh seperti bahu dan kaki, sementara bahagian lain ditutup untuk hasil yang terbaik. Gaya atau konsep less is more ini membangkitkan ciri aura misteri dan keanggunan pemakainya.

Jangan malu untuk bertanya dan mendapatkan panduan berpakaian dan gaya daripada mereka. Yang pasti jawapan mereka nanti akan meluaskan perspektif anda terhadap fesyen. Jangan terlalu ghairah mencuba.

320 dibaca
Berita Harian X