Jumaat, 14 September 2018 | 10:05pm
Pemain perseorangan Malaysia, Lee Ying Ying ketika menentang pemain Taiwan, Chiang Ying Li pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2018 di Axiata Arena, Bukit Jalil. - Foto Eizairi Shamsudin

Selangor raih emas pertama

 

IPOH: Kontinjen Selangor akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila meraih emas pertama di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak menerusi acara badminton berpasukan wanita. 

Selangor berjaya membuatkan pasukan tuan rumah gigit jari apabila menang 3-1 dalam aksi yang penuh mendebarkan di Arena Badminton Ipoh hari ini. 

Perak bagaimanapun terlebih dahulu mendahului Selangor apabila perseorangan pertamanya Lee Ying Ying menewaskan H Dharshana 21-4, 21-10.

Namun perseorangan kedua Selangor yang juga atlet kebangsaan M Thiinaah menggunakan pengalaman yang ada untuk menyamakan kedudukan dengan menundukkan Eoon Qi Xuan 21-23, 21-16, 21-18.

Selangor mendahului Perak 2-1 selepasperseorangan ketiganya K Letshanaa menang mudah ke atas Desiree Siow dan beregu wanita mereka Lee Zhi Qing-Ng Wan Win memastikan emas milik Selangor selepas menewaskan Eoon Qi Xuan-Valeree Siow 12-21, 21-13, 21-18.

Bagi jurulatih Selangor Danan Jaya, dia memang sudah menjangkakan satu pertarungan sengit apabila turun bertemu Perak yang memiliki kelebihan selaku tuan rumah. 

"Sebelum pemain turun, saya menasihati pemain untuk terus kekal fokus dan jangan tertekan dengan kehadiran penyokong jika ingin menang dan mereka berjaya merealisasikannya," kata jurulatih dari Indonesia itu.

Pingat gangsa dalam acara berpasukan wanita milik bersama Negeri Sembilan dan Kedah.

 

 

 

440 dibaca
Berita Harian X