Khamis, 12 Oktober 2017 | 9:45pm
VOUNTUS Indra Mawan (kanan) anggap pelantikannya sebagai jurulatih beregu lelaki oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai satu pengiktirafan. - Foto Hasriyasyah Sabudin

Vountus anggap satu pengiktirafan

KUALA LUMPUR: Vountus Indra Mawan Saniru menganggap pelantikannya sebagai jurulatih beregu lelaki oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai satu pengiktirafan.

Menurut bekas pemain negara berusia 28 tahun itu, beliau cuba untuk kembali ke Belanda tetapi tidak mendapat sebarang pekerjaan.

Vountus yang bersara daripada pasukan kebangsaan pada 2012, bermain secara profesional sebelum mengambil keputusan bersara dua tahun kemudian.

Terdahulu tahun ini, beliau menyertai kelab Belanda, Akademi Badminton Cuntapay sebagai ketua jurulatih remaja sebelum kembali ke Malaysia dua bulan lalu.

"Semuanya berlaku sangat pantas," kata Vountus apabila dihubungi hari ini.

"Saya kembali ke Malaysia selepas enam bulan kerana masalah visa. Saya cuba menyelesaikannya apabila saya membaca mengenai jawatan kosong di BAM dalam akhbar.

"Saya membacanya dengan teliti dan menyedari idea dan perancangan ketua jurulatih, Cheah Soon Kit adalah seiring dengan apa yang ada dalam fikiran saya juga.

"Ketika itulah saya membuat permohonan dan semuanya menjadi. Saya amat gembira dapat kembali."

619 dibaca
Berita Harian X