Isnin, 11 September 2017 | 7:59am
RAFAEL Nadal. - Foto AFP

Nadal rangkul gelaran juara Terbuka AS

NEW YORK: Rafael Nadal merangkul kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali ketiga selepas menundukkan pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson, 6-3, 6-3, 6-4.

Kejayaan itu melengkapkan kejuaraan Grand Slam ke-16 buat Nadal selepas turut menjuarai kejohanan ini pada edisi 2010 dan 2013.

Nadal sudah memenangi lima kejohanan tahun ini untuk melengkapkan kejuaraan ke-74 sepanjang kariernya seterusnya mengumpul hadiah kemenangan $90 juta (RM377.5 juta) keseluruhan.

Apa pun ia jadi hari yang cukup mengecewakan buat Anderson ketika pemain di ranking 32 dunia itu cuba memburu kejayaan pada penampilan sulung di pentas final Grand Slam selepas 34 kali mencuba.

Anderson muncul pemain Afrika Selatan pertama layak ke final dalam kejohanan di AS sejak Cliff Drysdale melakukannya pada 1965 dan Johan Kriek di Terbuka Australia pada 1981.

Sementara itu, pencabar utama Nadal, Roger Federer yang menjuarai Terbuka Australia dan Wimbledon masih mendahului carta, mengumpul 19 kejuaraan Grand Slam. - AFP

2177 dibaca
Berita Harian X