Selasa, 5 September 2017 | 4:17pm
MOHD Zarrawi Ravi Abdullah (enam kiri) bersama R Jaganathan (tujuh dari kiri) bergambar dengan sebahagian atlet olahraga Para Asean selepas sidang media Program Kita Juara Para Asean di kem fasa akhir Hotel Seri Pasific. - Foto Luqman Hakim Zubir
ATLET lompat kijang, Abdul Latif Romly (kiri) dan atlet lari 800 meter, Siti Nor Liasah Arifin (kanan) pada sidang media Program Kita Juara Para Asean di kem fasa akhir Hotel Seri Pasific. - Foto Luqman Hakim Zubir

Para KL2017: Olahraga tekad sumbang 40 emas

KUALA LUMPUR: Skuad olahraga negara bakal menjadi tumpuan pada Sukan Para ASEAN ke sembilan apabila diletakkan sasaran menjadi antara penyumbang pingat emas terbesar kontinjen Malaysia dengan meletakkan sasaran 40 emas.

Pengurus pasukan negara, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah, berkata terdapat keseluruhan 133 emas ditawarkan dalam olahraga dan Malaysia akan menyertai dalam hampir semua acara yang dipertandingkan.

"Olahraga menjadi sukan yang paling banyak menawarkan emas dan kita harap dapat menyumbang lebih kurang 40 peratus daripada 103 emas keseluruhan yang ditawarkan," katanya dalam sidang media Kita Juara Para ASEAN di sini, hari ini.

Mohd Zarrawi berkata, skuad olahraga negara menyenaraikan 72 atlet dengan 24 daripadanya ialah atlet muda.


PENGURUS Pasukan memanah Para Asean, Paul Leong (belakang kiri) bersama jurulatih memanah, Marzuki Zakaria (belakang kanan) serta atlet memanah negara, Yuhaizam Yahya (kiri) dan Ahmad Jafry Jamaludin (kanan) pada sidang media Program Kita Juara Para Asean di kem fasa akhir Hotel Seri Pasific. - Foto Luqman Hakim Zubir

Ketua jurulatih olahraga negara, R Jaganathan berkata, sasaran 40 emas itu mampu dicapai biarpun negara tidak pernah mencapai rekod berkenaan.

"Ketika di Singapura (2015) kita memperoleh 27 emas, yang paling banyak kita dapat ialah 38 emas di Naypyidaw, Myanmar (2014) dan Korat, Thailand (2008).

"Semasa di Singapura, sebanyak 22 acara sama ada digugurkan atau digabungkan, jadi saya yakin kita dapat atasi pencapaian di situ," katanya.

Jaganathan berkata, dia mengharapkan atletnya menghadiahkan pingat emas, namun tidak begitu memberi penekanan mengenai rekod catatan yang dilakukan.

"Jadual kali ini agak padat bagi atlet, lagi pun saya tidak mahu terlalu memberi penekanan terhadap catatan masa kerana sasaran sebenar ialah pada Sukan Asia di Jakarta 2018," katanya.

Sukan olahraga bakal memulakan saingan pada 18 hingga 23 September ini di Stadium Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur.


MOHD Zarrawi Ravi Abdullah (dua dari kiri) R Jaganathan (dua dari kanan) serta atlet lompat kijang, Abdul Latif Romly (kiri) dan atlet lari 800 meter, Siti Nor Liasah Arifin (kanan) pada sidang media Program Kita Juara Para Asean di kem fasa akhir Hotel Seri Pasific. - Foto Luqman Hakim Zubir

259 dibaca
Berita Harian X