Rabu, 16 Mei 2018 | 11:59am
TOMS Skujins.

Skujins takluk peringkat ketiga Tour of California

LOS ANGELES: Toms Skujins meraih kemenangan pada perlumbaan peringkat ketiga Tour of California, genap setahun selepas berlaku kemalangan besar yang menyebabkannya mengalami kecederaan parah.

Pelumba berusia 26 tahun dari Latvia ini bergerak secara solo meninggalkan kelompok utama sekaligus membolehkannya meraih gelaran di peringkat ketiga dalam perlumbaan basikal terbesar di Amerika Syarikat (AS).

Selepas menang perlumbaan peringkat pada 2015 dan 2016 di California, kempen musim 2017 menyaksikan prestasi Skujin merudum akibat retak tulang bahu serta gegaran teruk ketika kemalangan pada peringkat kedua.

Ditanya adakah insiden tahun lalu memberikannya motivasi tambahan untuk mencipta kejayaan kali ini,; "Tidak juga. Saya tidak perlukan motivasi tambahan. Saya cuma berkayuh, ia memang menyeronokkan. Saya menikmatinya.

Skujins - pelumba Team Trek, menjalani pembedahan akibat retak tulang bahu dan terpaksa menjalani ujian kecergasan beberapa kali sebelum dibenarkan kembali aktif dalam karier.

Selepas terbabit dalam kemalangan berprofil tinggi, Skujins langsung tidak pernah berhenti daripada mengayuh sehingga dia kembali menyertai pertandingan rasmi.

"Pada satu tahap, ketika saya mengalami detik suram yang agak lama, saya berkata kepada diri sendiri 'saya hairan apa yang diperkatakan pengulas televisyen - dia terlalu laju. Lebih baik dia tidak melakukan perkara sama seperti tahun lalu,"

Skujins juga memenangi peringkat ketiga pada 2015 dan peringkat kelima dua tahun lalu. Katanya peringkat paling menarik masih lagi pada peringkat permulaan.

"Peringkat itu sangat istimewa. Ketika itu, saya tidak dikenali tetapi mampu meraih jersi pendahulu,"

Saingan peringkat ketiga menyaksikan pelumba AS, Sean Bennett (Hagens Berman) menamatkan saingan di tangga kedua, manakala pelumba Australia, Caleb Ewan (Mitchelton-Scott) di tangga kedua pada perlumbaan sejauh 197 km dari King City ke Laguna Seca Recreational Area.

Egan Bernal (Team Sky) meraih status selaku pendahulu keseluruhan, menamatkan perlumbaan di tangga kelima, ketinggalan di belakang pelumba pilihan, Peter Sagan (Bora-Hansgrohe). - AFP

93 dibaca
Berita Harian X