Selasa, 17 April 2018 | 4:25pm

Red Bull pujuk Ricciardo

SHANGHAI: Red Bull berharap mereka dapat meyakinkan Daniel Ricciardo untuk kekal bersama pasukan Formula Satu (F1) itu selepas pemandu Australia berkenaan muncul juara Grand Prix China, Ahad lalu.

Kejayaan itu, adalah suntikan semangat buat pemandu yang bermula di petak keenam selepas permulaan musim yang mengecewakan dan ketika dia mahu memutuskan perpindahan dalam kariernya selepas ini.

Bakal mengakhiri kontrak pada hujung tahun ini, Ricciardo, 28, dikaitkan dengan spekulasi media mengenai perpindahan ke Ferrari dan juara Formula Satu, Mercedes.

"Saya rasa Daniel gembira dengan persekitaran ini. Jika kami boleh memberikannya kereta seperti hari ini, mengapa dia perlu ke tempat lain?" kata bos Red Bull, Christian Horner kepada pemberita di Shanghai.

"Dia mengalami masalah penyimpanan tenaga ketika di Bahrain, dia mengalami masalah turbo di sini, menyebabkan dia kehilangan banyak masa," katanya.

"Anda akan berada di satu tahap di mana anda berfikir 'apa lepas ini?'. Tetapi ia adalah suntikan keyakinan yang bagus untuknya untuk mendapat keputusan ini di masa ini. Semuanya terbuka luas,"

Mercedes, mendominasi pasukan di F1 sejak empat musim lalu, masih belum memenangi sebarang perlumbaan selepas tiga perlumbaan berakhir musim ini.

Ferrari memenangi perlumbaan di Australia dan Bahrain dengan juara empat kali dunia, Sebastian Vettel memenangani kedua-dua GP berkenaan.

Red Bull sebelum ini secara terangan berkata mereka mahu Ricciardo di samping pemandu berumur 20 tahun dari Belanda, Max Verstappen untuk kekal. - REUTERS

410 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »