Selasa, 13 March 2018 | 11:53am
WOODS ketika membuat pukulan. FOTO/AFP

Woods meningkat, Casey lonjak lima anak tangga

PARIS: Bekas pemain nombor satu dunia Tiger Woods kembali ke kelompok 150 pemain terbaik dunia selepas gagal dalam cubaannya memburu kejuaraan pertama sejak 2013 pada Kejuaraan Valspar.

Pemain England, Paul Casey meningkat lima anak tangga ke ranking ke-12 dunia, selepas mengatasi juara 14 kejohanan utama itu dengan satu pukulan di Florida, semalam.

Woods, 42, yang berada di luar kelompok 1,000 dunia tahun lalu selepas bergelut dengan kecederaan, kini kembali ke tangga ke-149 ketika dia bersedia mengintai kejuaraan ke-80 dalam Jelajah PGA AS pada kejohanan Jemputan Arnold Palmer hujung minggu ini - kejohanan yang pernah dimenanginya lapan kali.

Dia melonjak 239 anak tangga selepas berkongsi tangga kedua di belakang Casey bersama Patrick Reed.


CASEY meningkat lima anak tangga ke ranking ke-12 dunia. FOTO/AFP

Juara Masters AS, Sergio Garcia kembali ke kelompok 10 terbaik dunia berikutan catatan 65 pada pusingan akhir yang menyaksikannya berkongsi tangga keempat di Valspar.

Pemain AS, Dustin Johnson selesa mendahului di depan rakan senegara Justin Thomas di puncak ranking, selepas berehat minggu lalu. -AFP

Ranking dunia:

1 Dustin Johnson (USA)           10.52 mata purata

2 Justin Thomas (USA)             9.32

3 Jon Rahm (ESP)                  8.56

4 Jordan Spieth (USA)             8.09

5 Justin Rose (ENG)               7.36

6 Hideki Matsuyama (JPN)          7.13

7 Rickie Fowler (USA)             6.39

8 Brooks Koepka (USA)             5.88

9 Sergio Garcia (ESP)             5.80 (+2)

10 Jason Day (AUS)                5.76 (-1)

11 Tommy Fleetwood (ENG)          5.51 (-1)

12 Paul Casey (ENG)               5.47 (+5)

13 Rory McIlroy (NIR)             5.39 (-1)

14 Tyrrell Hatton (ENG)           4.93 (-1)

15 Henrik Stenson (SWE)           4.85 (-1)

16 Marc Leishman (AUS)            4.84

17 Alex Noren (SWE)               4.83 (-2)

18 Phil Mickelson (USA)           4.51

19 Pat Perez (USA)                4.35

20 Matt Kuchar (USA)              4.20

244 dibaca
Berita Harian X