Khamis, 12 Oktober 2017 | 6:37pm
Danny Chia bermula baik pada pusingan pertama kejohanan golf CIMB Classic apabila mencatat dua bawah par 70 untuk berkongsi kedudukan ke-23 sekali gus muncul pemain terbaik negara. - Foto Aizuddin Saad

Danny pemain terbaik negara hari pertama

KUALA LUMPUR: Pemain golf berpengalaman negara Danny Chia bermula baik pada pusingan pertama kejohanan golf CIMB Classic apabila mencatat dua bawah par 70 untuk berkongsi kedudukan ke-23 sekali gus muncul pemain terbaik negara.

Danny mengakui perasaan gemuruh di awal saingan di TPC Kuala Lumpur hari ini memberi impak besar kepadanya untuk melakukan catatan lebih baik.

"Saya agak gementar pada awal saingan apabila melakukan bogey di lubang pertama dan kedua.

"Saya melakukan pukulan pertama yang baik di kedua-dua lubang itu tapi kemudian gagal mengekalkan aksi konsisten.

"Bagaimanapun saya berjaya memperbaiki prestasi selepas itu. Saya boleh rangkumkan aksi sepanjang hari ini agak baik," katanya.

Jelas Danny, dia tidak meletakkan sebarang sasaran untuk cuba meraih keputusan dua bawah par, namun hanya cuba memberikan yang terbaik di setiap lubang.

"Apa saja keputusan saya perlu menerimanya dengan baik.

"Untuk esok saya akan mengekalkan sikap yang sama iaitu perlu sentiasa bersabar dan lebih tenang terutamanya di awal saingan," katanya.

Danny berkongsi kedudukan ke-23 bersama 13 pemain lain termasuk juara bertahan, Justin Thomas.

Nicholas Fung pula muncul pemain kedua terbaik negara selepas melakukan catatan par 72 untuk berkongsi kedudukan ke-44 bersama 15 pemain lain. Dia sekadar melakukan dua birdie di lubang kelima dan kelapan.

Seorang lagi pemain negara Gavin Kyle Green yang diletakkan selaku sandaran utama pula sekadar menamatkan saingan hari pertama dengan melakukan satu atas par 73. Keputusan itu menyaksikan Gavin yang ketika ini mendahului kedudukan Order of Merit Jelajah Asia berkongsi kedudukan ke-60.

Keputusan:

64 - Cameron Smith (AUS)

65 - Xander Schauffele (USA), Poom Saksansin (THA), Keegan Bradley (USA)

66 - Kevin Na (USA), Gary Woodland (USA), Pat Perez (USA)

67 - Davis Love III (USA), Anirban Lahiri (IND), Phachara Khongwatmai (THA), Brendan Steele (USA), Kang Sung Hoon (KOR), Rafael Cabrera-Bello (ESP)

68 - Hudson Swafford (USA), Kim Meen Whee (KOR), Michael Kim (USA), Thomas Pieters (BEL), Chez Reavie (USA)

69 - David Lipsky (USA), Ian Poulter (GBR), Jim Herman (USA), Jonas Blixt (SWE)

70 - Kelly Kraft (USA), Justin Thomas (USA), Charl Schwartzel (RSA), Pan Cheng Tsung (TPE), Jazz Janewattananond (THA), Scott Brown (USA), Nick Taylor (CAN), Ben Crane (USA), Morgan Hoffmann (USA), Jamie Lovemark (USA), Patrick Rodgers (USA), Danny Chia (MAS), Luke List (USA), Hideki Matsuyama (JPN)

71 - Kyle Stanley (USA), Jason Dufner (USA), Scott Piercy (USA), Colt Knost (USA), Adam Hadwin (CAN), Lucas Glover (USA), Wesley Bryan (USA)

72 - James Hahn (USA), Jhonattan Vegas (VEN), Stewart Cink (USA), Richy Werenski (USA), Prayad Marksaeng (THA), SSP Chawrasia (IND), Nicholas Fung (MAS), Li Haotong (CHN), Martin Flores (USA), Ollie Schniederjans (USA), Camilo Villegas (COL), Rod Pampling (AUS), Harold Varner III (USA), Charles Howell III (USA), Chris Stroud (USA), Branden Grace (RSA)

73 - Peter Uihlein (USA), Scott Stallings (USA), Richard Lee (CAN), Juvic Pagunsan (PHI), Gavin Green (MAS), Emiliano Grillo (ARG), Danny Lee (NZL)

74 - Russell Knox (GBR), Kevin Tway (USA), Kim Si Woo (KOR)

76 - DA Points (USA), Robert Streb (USA)

77 - Cody Gribble (USA), Paul Casey (GBR), Bud Cauley (USA), Scott Hend (AUS), Graham DeLaet (CAN)

78 - Chad Campbell (USA)82 - Grayson Murray (USA)

100 dibaca
Berita Harian X