Rabu, 13 September 2017 | 1:39pm

38 pasukan berentap rebut gelaran Ragbi 7 sebelah

IPOH: Sebanyak 38 pasukan mengesahkan penyertaan untuk berentap di Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Ipoh pada 16 dan 17 September ini. 

Kejohanan itu mempertandingkan tiga kategori iaitu Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka dan Lelaki Bawah 20 tahun.

Sebanyak 15 pasukan menyertai kategori Lelaki Terbuka iaitu Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, Sabah, Selangor, Perlis, ATM, PDRM, Kedah, Putrajaya dan Perak.

Manakala sembilan pasukan lagi akan berentap dalam kategori Wanita Terbuka membabitkan pasukan Selangor, ATM, Kedah, Sabah, Labuan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur serta Perak .

Bagi kategori bawah 20 tahun, ia akan membabitkan pertarungan 14 pasukan iaitu daripada pasukan yang sama dengan kategori Terbuka Lelaki kecuali pasukan ATM yang tidak menghantar pasukan pelapis mereka.

241 dibaca
Berita Harian X