Khamis, 7 September 2017 | 10:17pm
SEBAHAGIAN atlet dan pegawai yang hadir dalam satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mendoakan kejayaan kontinjen negara yang akan berjuang di Para KL2017 nanti.

Para KL2017: Atlet, pegawai berdoa capai kejayaan

KUALA LUMPUR: Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Sukan Para ASEAN 2017 (Para KL2017) membuka tirai, 17 September ini.

Selain fokus kepada latihan, pelbagai program dilaksanakan buat kontinjen negara dalam memastikan sasaran muncul juara keseluruhan tercapai.

Sebentar tadi, atlet turut terbabit dalam satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi mendoakan kejayaan kontinjen negara yang akan berjuang di Para KL2017 nanti.


SEBAHAGIAN atlet dan pegawai yang hadir dalam satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Pusat Dagangan Dunia Putra bagi mendoakan kejayaan kontinjen negara yang akan berjuang di Para KL2017 nanti.

Bagi Para KL2017, kontinjen negara menyasarkan 103 pingat emas, sekali gus muncul juara keseluruhan.

Sebagai tuan rumah, Malaysia turut menghantar kontinjen terbesar dengan membariskan 331 atlet dan 169 pegawai dari kalangan 1,452 atlet dari 11 negara yang mengesahkan penyertaan untuk bertanding dalam 16 sukan, membabitkan 368 acara pada temasya edisi kesembilan ini.

128 dibaca
Berita Harian X