Isnin, 17 Julai 2017 | 9:11am

Pandelela-Jun Hoong raih pingat gangsa


PASANGAN atlet terjun negara, Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong, meraih pingat gangsa acara 10 meter platform seirama pada Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary, sebentar tadi. - Foto ihsan Twitter @KL2017

KUALA LUMPUR: Pasangan atlet terjun negara, Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong, meraih pingat gangsa acara 10 meter platform seirama pada Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest, Hungary, sebentar tadi.

Mereka meraih 328.74 mata bagi mengecap kejayaan itu.

Pingat emas dimenangi pasangan China, Ren Qian dan Si Yajie yang mengumpul 352.56 mata manakala pasangan Korea Utara, Kim Mi Rae dan Kim Kuk Hyang membawa pulang pingat perak dengan 336.48 mata.

1846 dibaca
Berita Harian X