Ahad, 6 Mei 2018 | 4:50pm
ABU Bakar Fadzim mahu anak buah tidak gentar hadapi Selangor malam ini. - Foto RAMDZAN MASIAM

Usah gentar reputasi lawan: Abu Bakar

 

IPOH: Pemain Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC diharap tidak gerun dengan reputasi lawan, Selangor apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Super di Stadium Selayang malam ini.

Pengendali Kelab konglomerat itu, Abu Bakar Fadzim sebaliknya mahu anak buahnya mempamerkan keyakinan tinggi serta bermain seperti biasa.

"Tidak perlu takut atau terlalu menghormati lawan. Anggap mereka biasa sahaja. Jika fokus dan bermain ikut kemampuan, kita yakin kami boleh," katanya.

Kelab Perak itu ketika ini menduduki tangga ketujuh liga dengan mengutip 10 mata dan berpeluang meneruskan pendakian jika mengutip mata penuh, malam ini.

Bagaimanapun Abu Bakar sedar mereka menghadapi bahaya kebangkitan Selangor selepas kecewa tumpas di tangan Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan terakhir mereka.

"Selangor ibarat singa terluka dan sudah pasti akan menerkam garang terhadap mangsanya. Jadi pemain PKNP FC perlu berwaspada, elak kesilapan dan jangan memberi terlalu banyak ruang," katanya. 

274 dibaca
Berita Harian X