Sabtu, 13 Januari 2018 | 11:29pm
BEKAS pemain antarbangsa Turki, Arda Turan kembali ke Istanbul Basaksehir sebagai pemain pinjaman untuk baki saingan musim ini dan dua musim seterusnya. - Foto AGENSI

Barcelona 'pulangkan' Turan ke Turki

BARCELONA: Barcelona meminjamkan bekas pemain antarabangsa Turki, Arda Turan kepada Istanbul Basaksehir untuk baki saingan musim ini dan dua musim seterusnya, umum pendahulu Liga Sepanyol itu, hari ini.

Turan menyertai The Catalan daripada Atletico Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak 34 juta euro (RM164.7 juta) pada Julai 2015, memenangi enam trofi kejuaraan tetapi hanya membuat 55 penampilan dan menjaringkan 15 gol.

Akhbar Sepanyol, minggu lalu menganggarkan Barcelona membayar gaji Turan sebanyak 8 juta euro (RM38.7 juta) setahun.

"Sepanjang tempoh ini, Barcelona mempunyai hak untuk meminjamkan pemain kepada kelab dimiliki UEFA (Kesatuan Bola Sepak Eropah) dan akan mendapat yuran sepatutnya berdasarkan prestasi pemain itu.

"Sementara itu, Istanbul Basaksehir mempunyai hak untuk membeli pemain daripada Barcelona," kata kenyataan dikeluarkan Barcelona.

Turan mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan Turki pada Jun 2017. - AFP

1509 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »