Sabtu, 13 Januari 2018 | 11:17am
PERSEKUTUAN Bolasepak Sepanyol membuat keputusan memilih Krasnodar sebagai pangkalan bagi saingan Piala Dunia bermula 14 Jun nanti. - Foto Reuters

Sepanyol pilih Krasnodar pangkalan Piala Dunia

MADRID: Sepanyol berkata semalam mereka memilih Krasnodar, tidak jauh dari Laut Hitam sebagai pangkalan bagi saingan Piala Dunia bermula 14 Jun nanti.

"Pasukan kebangsaan membuat keputusan memilih selatan Russia atau lebih tepat Krasnodar untuk ibu pejabat mereka, tempat mereka akan bergerak ke bandar utama berlangsungnya Piala Dunia," kata kenyataan Persekutuan Bolasepak Sepanyol.

Pemain akan menggunakan kemudahan latihan Akademi Krasnodar, kelab tempatan Liga Perdana Russia yang ada padang rumput dan tiruan.

Sepanyol akan melakukan sepak mula Kumpulan B menentang Portugal pada 15 Jun di Sochi, 270 kilometer ke selatan Krasnodar.

Mereka kemudiannya akan berdepan Iran di Kazan, hampir 1,700 kilometer ke utara pada 20 Jun dan mengembara untuk jarak yang sama bagi menentang Maghribi di Kaliningrad, berhampiran pesisiran pantai Baltic. - AFP

451 dibaca
Berita Harian X