Jumaat, 13 Oktober 2017 | 10:04pm
PENYERANG muda Kedah, Syafiq Ahmad tekad jadi pemusnah The Fighters pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, Ahad ini.

'Super-sub' Kedah tekad mengganas di Jengka

ALOR SETAR: Penyerang Kedah, Muhammad Syafiq Ahmad optimis mampu menjadi watak pemusnah ketika menentang FELDA United pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Ahad ini.

Walaupun dijangka hanya masuk sebagai pemain gantian, penyerang skuad bawah 22 (B-22) negara itu yakin mampu mengkucar-kacirkan pertahanan The Fighters sekali gus membantu Helang Merah membawa pulang bekalan selesa dari Jengka.

"Harapan saya sudah tentu mahu Kedah membawa pulang bekalan selesa sekali gus mencerahkan peluang layak ke final.

"Sekiranya layak ke final, ia adalah penampilan ketiga berturut-turut kami selepas dua kali menentang Selangor pada 2015 dan 2016.

"Walaupun selalunya ditugaskan selaku pemain gantian, namun saya tetap bersedia untuk menjadi watak pemusnah jika diturunkan pada perlawanan itu," katanya yang sudah meledak enam gol musim ini (empat gol dalam aksi Liga Super dan masing-masing satu gol Piala FA dan Piala Malaysia).

581 dibaca
Berita Harian X