Rabu, 2 Ogos 2017 | 9:35am
PEMAIN Liverpool, Dominic Solanke menggantikan Daniel Sturridge (kanan) pada aksi pra musim menentang Bayern Munich, pagi tadi. - Foto Reuters

Sturridge cedera ketika The Reds benam Bayern

LONDON: Penyerang Liverpool, Daniel Sturridge terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan di bahagian paha yang dialaminya ketika kelab Liga Perdana Inggeris itu menewaskan Bayern Munich 3-0 pada aksi pra musim, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Sturridge yang sering dihimpit masalah kecederaan sejak tiga musim lalu turut menyumbangkan satu gol sebelum dikeluarkan pada minit ke-87.

"Dia rasa sakit di bahagian paha. Dia melakukan persediaan dengan baik, jadi saya harap ia sekadar kecederaan kecil bagi membolehkannya bermain," kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

"Agak malang buatnya dan saya harap ia tidak begitu serius."

Pada perlawanan itu, Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing menyumbangkan satu gol buat Liverpool.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris, The Reds dijadualkan bertemu Watford pada perlawanan pertama pada 12 Ogos ini. - Reuters

1787 dibaca
Berita Harian X