Rabu, 25 November 2015 | 4:58pm

Russia hantar peluru berpandu antipesawat S-400 ke Syria


MENTERI Pertahanan Russia, Sergei Shoigu. - Foto REUTERS

MOSCOW: Russia akan menghantar sistem pertahanan udara paling berteknologi tinggi ke pangkalan udaranya di Syria, demikian menurut Menteri Pertahanannya, Sergei Shoigu hari ini.

Ia adalah reaksi terbaharu Moscow susulan sebuah pesawat pejuangnya yang ditembak jatuh di sempadan Turki-Syria yang bergolak semalam.

"Sistem peluru berpandu antipesawat S-400 akan dihantar ke Pangkalan Udara Hmeimim," kata Shoigu dipetik agensi berita Russia. - AFP

1189 dibaca
Berita Harian X