Isnin, 23 November 2015 | 11:08pm

Djokovic dominasi rangking nombor satu dunia


BINTANG tenis Serbia, Novak Djokovic. - Foto AFP

PARIS: Bintang tenis Serbia, Novak Djokovic terus mengukuhkan kedudukannya selaku pemain tenis nombor satu dunia ATP berikutan kejayaan mempertahankan kejuaraan Jelajah Dunia Final di London, awal pagi tadi.

Dalam senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan ATP, hari ini, Djokovic yang menang di final dengan menewaskan Roger Ferdeer mempunyai kelebihan lebih 8,000 mata di depan pemain nombor dua dunia, Andy Murray.

Djokovic ketika ini mengumpul 16,585 mata diikuti pemain Britain, Murray kedua yang memiliki 8,670 mata dengan Federer ketiga, 8,265 mata.

Kemenangan 6-3, 6-4 ke atas Federer di final menyaksikan Djokovic mengekalkan kejuaraan pada perlawanan penutup musim ATP buat kali keempat berturut-turut.

Murray yang dijadual beraksi dalam final Piala Davis bertemu Belgium juga sah akan menamatkan saingan musim ini di ranking kedua sekali gus menjadikannya pilihan kedua di Grand Slam Terbuka Australia, tahun depan.

Kedudukan 20 terbaik dunia juga tidak berubah dengan Stan Wawrinka kekal di ranking keempat diikuti bintang Sepanyol, Rafael Nadal, kelima. - AFP

Ranking ATP

1. Novak Djokovic (SRB) 16,585 mata

2. Andy Murray (GBR) 8,670

3. Roger Federer (SUI) 8,265

4. Stan Wawrinka (SUI) 6,865

5. Rafael Nadal (ESP) 5,230

6. Tomas Berdych (CZE) 4,620

7. David Ferrer (ESP) 4,305

8. Kei Nishikori (JPN) 4,235

9. Richard Gasquet (FRA) 2,850

10. Jo-Wilfried Tsonga (FRA) 2,635

11. John Isner (USA) 2,495

12. Kevin Anderson (RSA) 2,475

13. Marin Cilic (CRO) 2,405

14. Milos Raonic (CAN) 2,170

15. Gilles Simon (FRA) 2,145

16. David Goffin (BEL) 1,805

17. Feliciano Lopez (ESP) 1,690

18. Bernard Tomic (AUS) 1,675

19. Benoît Paire (FRA) 1,633

20. Dominic Thiem (AUT) 1,600

46 dibaca
Berita Harian X