Selasa, 6 Oktober 2015 | 12:05am
HABUK dan asap kenderaan juga adalah faktor penyumbang masalah jerebu. Papan maklumat digital di Jalan Semarak, Kuala Lumpur menunjukkan bacaan IPU mencecah 245 iaitu pada tahap sangat tidak sihat pada jam 1.45 tengah hari, 4 Oktober lalu. - Foto Mohd Yusni Ariffin
ORANG ramai terutama yang bekerja di luar bangunan atau di tempat berhabuk dinasihatkan memakai penutup hidung. - Foto Rasul Azli Samad

Pencemaran udara jejas kesihatan


TAMAN Tasik Shah Alam diselubungi jerebu tebal dengan bacaan IPU mencecah 249 iaitu pada tahap sangat tidak sihat pada jam 2 petang, 4 Oktober lalu. - Foto Faiz Anuar

PENCEMARAN udara adalah antara faktor alam sekitar yang menyumbang kepada gangguan kesihatan menyerang pelbagai peringkat usia.

Habuk, asap kenderaan mahu pun serbuk halus daripada pembakaran terbuka mengganggu kesihatan. Individu paling teruk terjejas kesan daripada pencemaran udara ini adalah mereka yang menghidap masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan, terutama pesakit asma.

Selain pesakit asma, mereka yang mengalami alahan kulit dan sesak nafas juga mengalami kesan serangan lebih serius.

Pencemaran berterusan mendatangkan kesan buruk kepada semua terutama golongan berisiko seperti:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit asma, pesakit alahan kulit mereka yang sukar bernafas.
  • Pesakit bronkitis, radang paru-paru yang kronik, jantung dan alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar kawasan bangunan


PELAJAR dinasihatkan memakai penutup hidung bagi mengurangkan kesan buruk akibat pencemaran udara. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Kesan pencemaran udara

Pesakit asma

  • Sukar bernafas, gatal pada bahagian kerongkong dan batuk
  • Pesakit sukar bernafas
  • Mata terasa pedih
  • Hidung berair, kerap bersin
  • Terasa sakit dada

Mereka yang mengalami gejala seperti ini perlu mendapatkan rawatan segera. Jika keadaan semakin serius, mereka dinasihat segera ke hospital.

Alahan kulit

  • Kulit gatal
  • Timbul kesan kemerah-merahan dan bengkak
  • Kesan ruam pada permukaan kulit sama ada gatal mahupun pedih

Jika keadaan tidak beransur pulih, pesakit perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera

Mata gatal, sentiasa berair

  • Pesakit tidak selesa
  • Terasa hendak demam
  • Pening kepala
  • Mata menjadi kering, pedih penglihatan kabur
  • Mata menjadi merah

Lazimnya individu akan mengambil cecair pelembap mata untuk kelegaan. Bagaimanapun kelegaan hanya sementara. Jika keadaan mata terus gatal, pedih dan timbul kemerah-merahan, dapatkan rawatan segera di klinik berhampiran.

Panduan mencegah penyakit

  • Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau berkaitan paru-paru kronik hendaklah mendapatkan rawatan segera jika penyakit bertambah buruk
  • Mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti dinasihatkan doktor
  • Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat berhabuk
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan saudara yang berpenyakit, jangan merokok dalam rumah
  • Dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti rekreasi di luar rumah.
  • Sentiasa basuh buka dan bahagian kulit yang terdedah kepada pencemaran atau jerebu dengan air bersih
  • Gunakan pendingin hawa dingin ketika berada dalam kereta
  • Minum air dengan banyak


BACAAN IPU di seluruh negara setakat jam 2 petang, 5 Oktober 2015. - Foto APIMS

Indeks pencemaran udara (IPU)

IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

Ia digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan.

Ia dikategorikan seperti berikut:

Nilai IPU

  • 0-50: Baik
  • 51-100: Sederhana
  • 101-200: Tidak sihat
  • 201-300: Sangat tidak sihat
  • 301-500: Berbahaya

81 dibaca
Berita Harian X