Selasa, 15 September 2015 | 11:45am

Jerebu: Sekolah terus ditutup hingga arahan baharu PPD - Mahdzir


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR: Sekolah di negeri yang terjejas teruk akibat jerebu akan terus ditutup hingga arahan baharu dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan PPD akan terus memantau keadaan jerebu dan sekolah hanya akan dibuka apabila paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada bawah 200.

Bagaimanapun, katanya, guru sekolah yang terbabit dikehendaki hadir ke sekolah seperti yang termaktub dalam pekeliling.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, hari ini.

230 dibaca
Berita Harian X