Jumaat, 26 September 2014 | 8:03am
KAPAL angkasa lepas Russia, Soyuz yang membawa angkasawan NASA dan dua angkasawan Russia, termasuk seorang wanita berlepas tengah malam tadi. - Foto AP
KAPAL angkasa lepas Russia, Soyuz yang membawa angkasawan NASA dan dua angkasawan Russia, termasuk seorang wanita berlepas tengah malam tadi. - Foto EPA

Soyuz bersama angkasawan Russia, AS berlepas ke ISS

BAIKONUR (Kazakhstan): Kapal angkasa lepas Russia, Soyuz yang membawa angkasawan NASA dan dua angkasawan Russia, termasuk seorang wanita berlepas tengah malam tadi.

Soyuz-TMA14M dilancarkan jam 12.25 pagi waktu Moscow dari Pusat Angkasa Lepas Baikonur dan sedang menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Angkasawan NASA berkenaan, Barry Wilmore bersama rakan angkasawan Russia, Alexander Samokutyaev dan Elena Serova akan berada di ISS selama enam bulan.

Serova adalah wanita pertama Russia berlepas ke angkasa lepas sejak 1997, dan wanita keempat dalam sejarah program angkasa lepas Soviet dan Russia.

Valentina Tereshkova menjadi wanita pertama berada di angkasa lepas pada 1963. - AFP/AP

31 dibaca
Berita Harian X