Sabtu, 15 Ogos 2015 | 9:09pm

EPL: Njie kuatkan jentera serangan Spurs

LONDON: Tottenham menandatangani kontrak bersama penyerang Cameroon, Clinton Njie dari kelab Perancis, Lyon, hari ini untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Roberto Soldado.

Njie dipikat Spurs dengan kontrak selama lima tahun.

Pemain yang baharu menyambut hari lahir ke-22 menjadi pembelian keempat Spurs musim panas ini dan akan menambah kekuatan jentera serangan kelab dari London itu bersama penyerang muda England, Harry Kane.

Soldado bersetuju untuk berhijrah ke Villarreal, semalam manakala seorang lagi penyerang, Emmanuel Adebayor dijangka tidak diberikan kontrak lanjutan untuk musim depan.

Mampu beraksi selaku penyerang utama, Njie yang memiliki kepantasan juga boleh bermain dengan baik di posisi sayap.

"Saya masih muda, masih membesar dan ia adalah cabaran yang besar," kata Njie. - AFP

113 dibaca
Berita Harian X