Isnin, 10 Ogos 2015 | 11:51pm

Media Prima ungguli Anugerah Kewartawanan Kawat-Exxonmobil 2015

KUALA TERENGGANU: Kumpulan Media Prima Berhad mengungguli Anugerah Kewartawanan Kawat-Exxonmobil 2015 di Hotel Primula malam tadi apabila menang lapan kategori yang dipertandingkan.

Wartawan BH, Hanneeyzah Bariah Baharin merangkul dua hadiah iaitu tempat kedua bagi Kategori Penulisan Berita Ekonomi Terbaik dan tempat ketiga Kategori Pendidikan.

Wartawan sambilan Harian Metro, Nazdy Harun memenangi Kategori Penulisan Berita Terbaik diikuti wartawan Ahmad Rabiul Zulkifli (Harian Metro) memenangi tempat kedua dalam Kategori Penulisan Rencana Terbaik.

Jurugambar sambilan, Tengku Syamim Tengku Ismail dan Aswadi Alias masing-masing merangkul tempat pertama dan ketiga bagi Kategori Foto Terbaik.

Kemenangan turut berpihak kepada wartawan TV3, Abd Aziz Abdullah dan Mohd Ishak Abdillah Ngah apabila masing-masing mengungguli tempat kedua dan ketiga bagi kategori Berita TV Terbaik.

Hadiah disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

39 dibaca
Berita Harian X