Rabu, 5 Ogos 2015 | 9:43pm

Datuk Bandar NYC arah menara penyejukan diselenggara secara meluas


DE Blasio ketika mengadakan sidang media berkenaan wabak penyakit Legionnaire di Hospital Lincoln, New York hari ini. - Foto AFP

NEW YORK: Datuk Bandar Bill de Blasio berkata semalam wabak penyakit bersejarah Legionnaire yang mengorbankan tujuh penduduk mencetuskan usaha mewajibkan pemeriksaan dan pembersihan secara meluas menara penyejukan pendingin hawa di bandar raya ini.

De Blasio dan pesuruhjaya kesihatan bandar ini, Mary Bassett dalam satu sidang media berkata, sejak 10 Julai lalu, penyakit itu menyebabkan 86 penduduk jatuh sakit di Selatan Bronx, kejiranan bandar raya ini yang juga bandar termiskin di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, angka itu mungkin meningkat oleh kerana pembasmian kuman kali terakhir menara penyejukan itu dilakukan Isnin lalu dan tempoh inkubasi penyakit adalah 10 hari.

Penyakit itu, jenis berbahaya radang paru-paru (pneumonia) dijangkiti dengan bernafas dalam udara daripada menara penyejukan dijangkiti bakteria Legionella.

Daripada 17 menara penyejuk yang diperiksa pihak berkuasa kesihatan bandar untuk Legionella, lima daripadanya positif. - Agensi

28 dibaca
Berita Harian X