;
Khamis, 9 Julai 2015 | 9:10am

4 maut dua lori bertembung di Pagoh


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. - Foto ihsan Bomba dan Penyelamat

MUAR: Empat maut apabila sebuah lori membawa muatan daging dan jagung dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru terbabas dan memasuki laluan bertentangan, sebelum merempuh sebuah lori kontena di Kilometer 141 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), dekat Pagoh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.10 pagi itu menyebabkan pemandu dan kelendan kedua-dua kenderaan berat itu maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Pegawai Kanan Bomba II Mohd Johar Tunin, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.20 pagi berhubung kejadian itu.

Katanya, sebuah jentera dan kenderaan bantuan kecemasan (ERMS) bersama 12 anggota dikejarkan ke lokasi terbabit.

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di dalam kedua-dua kenderaan.

"Ketika operasi dijalankan juga mendapati seorang daripada mangsa nahas terpotong dua iaitu di bahagian pinggang akibat impak kuat kemalangan terbabit," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

119 dibaca
Berita Harian X