Ahad, 24 Mei 2015 | 9:36am

Tiga lagi mayat kru kapal korek karam ditemui


KAPAL korek Ocean Line 208 yang dipercayai membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia ke perairan Pengerang, karam selepas dipukul ombak kuat Rabu lalu. - Foto APMM

KOTA TINGGI: Pasukan mencari dan menyelamat menjumpai tiga lagi mayat mangsa kapal korek karam dan terbalik di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Rabu lalu.

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), berkata tiga mayat ditemui selepas pasukan penyelam KD Handalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelam di dasar laut dan berjaya membuka pintu kapal karam terbabit.

Katanya, ketiga-tiga mayat ditemui berhampiran pintu kapal jam 8 pagi tadi.

"Setakat ini mayat mangsa kapal karam belum dapat dinaikkan berikutan anggota SAR menghadapi sedikit kesukaran," katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, kapal korek Ocean Line 208 yang dipercayai membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia ke perairan Pengerang, karam selepas dipukul ombak kuat.

Seorang daripada kru kapal dapat diselamatkan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Pengerang untuk rawatan lanjut manakala 14 kru masih dilaporkan hilang.

Mayat pertama mangsa karam korek karam itu berjaya ditemui terapung, Jumaat lalu.

104 dibaca
Berita Harian X