Isnin, 23 March 2015 | 10:06am

Sultan Brunei turut hadiri Istiadat Kemahkotaan


SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Salehah berangkat tiba di Istana Besar untuk menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, hari ini. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Salehah tiba di perkarangan Istana Besar bagi menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar jam 9.30 tadi.

Terdahulu, Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri dan Raja-raja Melayu turut berangkat tiba di Istana Besar bagi menghadiri Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor.

639 dibaca
Berita Harian X