Ahad, 8 March 2015 | 12:16am
KEADAAN pembalakan dimana pokok balak ditebang secara haram bertempat di Hutan Simpan Temengor. - Foto Farhan Najib
KEADAAN pembalakan dimana pokok balak ditebang secara haram bertempat di Hutan Simpan Temengor. - Foto Farhan Najib
SALAH seorang anggota menunjukkan serpihan balak yang dipercayai pelesen mengambil kesempatan mencuri balak di luar kawasan yang dibenarkan, malah berdasarkan fizikal tunggul dan tual balak kegiatan itu dipercayai masih baru, bertempat di Hutan Simpan Temengor. - Foto Farhan Najib
ANGGOTA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Unit Integriti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Perak bersama memeriksa balak yang dipercayai pelesen turut mengambil kesempatan mencuri balak di luar kawasan yang dibenarkan, malah berdasarkan fizikal tunggul dan tual balak kegiatan itu dipercayai masih baru, bertempat di Hutan Simpan Temengor. - Foto Farhan Najib
ANGGOTA yang terlibat dengan operasi memeriksa tempat dimana pelesen dipercayai membina lorong penarik melebihi daripada yang dibenarkan pihak Jabatan Perhutanan bertempat di Hutan Simpan Temengor. - Foto Farhan Najib
SALAH seorang anggota Jabatan Perhutanan memeriksa keadaan balak yang ditebang secara haram di tepi sungai di Hutan Simpan Temengor. - Foto Farhan Najib
SALAH seorang anggota Jabatan Perhutanan memeriksa keadaan balak yang ditebang secara haram di tepi sungai di Hutan Simpan Temengor. - Foto Farhan Najib

Angkara pembalak tamak


ANGGOTA yang terlibat dengan operasi memeriksa tempat dimana pelesen dipercayai membina lorong penarik melebihi daripada yang dibenarkan pihak Jabatan Perhutanan bertempat di Hutan Simpan Temengor. - Foto Farhan Najib

GERIK: Kedudukan kawasan balak yang jauh dan sukar dimasuki selain kelemahan pemantauan oleh Renjer Jabatan Perhutanan antara punca pembalak mencuri balak di luar kawasan dibenarkan di Hutan Simpan Temenggor, dekat sini.

Kegiatan itu dikesan pada hari kedua siasatan di lokasi berkenaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Unit Integriti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Perak.

Siasatan di kawasan itu yang diberi kelulusan membalak seluas 30 hektar, mendapati pelesen turut mengambil kesempatan mencuri balak di luar kawasan yang dibenarkan, malah berdasarkan fizikal tunggul dan tual balak kegiatan itu dipercayai masih baru.


ANGGOTA yang terlibat dengan operasi memeriksa tempat dimana pelesen dipercayai membina lorong penarik melebihi daripada yang dibenarkan pihak Jabatan Perhutanan bertempat di Hutan Simpan Temengor. - Foto Farhan Najib

Jabatan Perhutanan mengesahkan 12 pokok jenis meranti sarang punai, meranti tembaga, meranti bukit, geronggang, medang, mempening, podo dan kedondong, ditebang secara haram.

Selain penebangan di luar kawasan lesen, pelesen juga dikesan membina lorong penarik melebihi daripada yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan.

Berdasarkan maklumat diterima SPRM, tiada Renjer Hutan memantau kerja dilakukan di kawasan pembalakan itu sejak awal tahun ini kerana anggotanya menghadiri peperiksaan khas jabatan dan proses pertukaran Pegawai Hutan Daerah digunakan pelesen untuk mengambil kesempatan melakukan pembalakan haram.

Difahamkan, pelesen mendapat kelulusan membalak sejak awal tahun ini dan sehingga kini 30 peratus kerja sudah dilakukan.


ANGGOTA yang terlibat dengan operasi mengukur keluasan tanah dimana pelesen dikesan membina lorong penarik melebihi daripada yang dibenarkan pihak Jabatan Perhutanan bertempat di Hutan Simpan Temengor. - Foto Farhan Najib

Pelesen balak itu antara tiga syarikat yang disiasat selepas SPRM, Jabatan Perhutanan Perak dan Polis Perak menahan dan menyita empat lori membawa 114 batang balak bernilai tinggi yang ditipu bayaran ses dan royaltinya hingga menyebabkan kerugian hasil kepada Kerajaan Perak pada 12 Februari lalu.

Semalam, BH mendedahkan siasatan hari pertama, Rabu lalu, di satu lagi kawasan pembalakan di Hutan Simpan Temenggor turut mengesan kegiatan penebangan balak di luar kawasan lesen dan kawasan zon penampan alur air.

Jabatan Perhutanan memberi jaminan akan membuat siasatan dan pemeriksaan lanjut serta terperinci membabitkan kawasan diperiksa pada hari pertama dan kedua (Khamis lalu).


ANGGOTA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Unit Integriti Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Perak bersama berbincang di tapak yang dikenalpasti berlaku pencurian balak di luar kawasan yang dibenarkan di Hutan Simpan Temengor. - Foto Farhan Najib

Sumber jabatan itu turut mengesahkan pihaknya sudah memulakan prosedur siasatan membabitkan empat lori bersama muatan balak yang disita membabitkan tiga syarikat sebelum ini.

Difahamkan siasatan termasuk meneliti wujud kemungkinan berlaku pemalsuan atau ulang guna penandaan pada tual balak.

"Dalam kes lori (disita) pegawai penyiasat mengambil kira banyak elemen sama ada tanda dipakai semula atau tanda dipalsukan oleh sindiket," katanya.

199 dibaca
Berita Harian X