Khamis, 5 March 2015 | 12:07am
PELAKON, Rozita Che Wan bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana Mohamad Zain. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Rozita Che Wan bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana Mohamad Zain. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Rozita Che Wan bersama suami, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Rozita Che Wan bersama suami, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Mohamad Zain Mohd Saidin atau Zain Saidin dan anaknya, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Rozita Che Wan bersama suami, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Rozita Che Wan bersama suami, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Rozita Che Wan bersama suami, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Rozita Che Wan bersama suami, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Rozita Che Wan bersama suami, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Rozita Che Wan bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana Mohamad Zain. - Foto Munira Abdul Ghani
PELAKON, Rozita Che Wan bersama suami, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Munira Abdul Ghani

Che Ta tak cemburu Aaisyah lebih popular


PELAKON, Rozita Che Wan bersama suami, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana. - Foto Munira Abdul Ghani

KUALA LUMPUR: Ketika artikel ini ditulis, Rozita Che Wan dan Zain Saidin sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah. Beberapa hari sebelum itu, pasangan suami isteri sempat memenuhi undangan fotografi bersama BH PLUS.

Fotografi ini berlangsung di Hotel The Royale Chulan, Damansara dan semestinya, tumpuan utama adalah anak mereka, Aaisyah Dhia Rana yang cukup popular ketika ini.

Aaisyah dilahirkan pada 1 November tahun lalu secara normal di Hospital Pakar Ampang Puteri. Hospital berkenaan turut menaja proses kelahirannya di situ.

Penangan kelahiran Aaisyah cukup menakjubkan. Tuahnya memang lain macam.

Melihat celoteh Rozita dan Zain melayan anaknya di hotel berkenaan, ia sama seperti rutin harian mereka ketika di rumah pasangan itu di Subang Jaya.

Kasih sayang terhadap Aaisyah terus mengalir, apatah lagi si comel itu menjadi tanda cinta perkongsian hidup mereka.


Aaisyah Dhia Rana. - Foto Munira Abdul Ghani

"Selama ini, saya dikurniakan dua anak lelaki (perkahwinan pertama), jadi sekarang baru saya dapat rasa perasaan ibu yang mendapat anak perempuan. Saya sendiri pun nak anak sentiasa cantik dan terjaga rapi seperti saya. Sekarang saya tak guna khidmat pembantu rumah, jadi semua dilakukan sendiri.

"Selalunya orang cakap anak perempuan ini senang nak cari baju cantik-cantik untuk mereka. Benar saya sendiri boleh rambang mata. Malahan hingga saat ini ada juga pengikut di laman Instagram dan peminat yang bermurah hati memberikan hadiah kepadanya.

"Saya bersyukur dengan kehadiran Aaisyah. Cuma tak sangka ramai yang meminatinya. Lihat sajalah kalau gambar dia dimuat naik di laman Instagram, sampai 20,000 yang menekan 'like'. Gambar saya sendiri pun belum tentu dapat 'like' banyak itu," seloroh Rozita yang cukup pekat dengan loghat Utaranya.

Berbanding selebriti lain yang memilih untuk membuka akaun rasmi sendiri anak mereka, Rozita dan Zain tidak terfikir langsung untuk mengikut langkah yang sama.

Kata Rozita, biarpun tak membuka akaun Instagram anaknya sendiri, ada juga yang sanggup berbuat hal sama.

"Setakat ini saya dapat tahu ada lebih 10 akaun tak rasmi Aaisyah. Saya dan suami okey saja setakat ini kerana kebiasaannya mereka (yang membuka akaun Instagram Aaisyah) hanya berkongsi gambar yang berkaitan Aaisyah," katanya sambil memberitahu rumah baru di Selangor untuk keluarga sudah siap tetapi belum terfikir lagi untuk berpindah dalam masa terdekat.

Menurut Rozita, beliau tidak kisah jika anaknya mahu dikomersialkan pihak berminat. Kata Rozita lagi, setidak-tidaknya beliau dapat membuat tabungan dan simpanan sendiri untuk Aaisyah.

"Setakat ini dia mendapat tajaan untuk produk Mothercare dan insurans. Malah dia juga menerima kereta sorong edisi terhad.

"Simpanan itu dapatlah dia gunakan ketika berusia 18 tahun kelak," katanya yang kini sedang menerbitkan program masakan baru dihoskan Jihan Muse di bawah terbitan syarikat Padusi Picture.

Ditanya apakah Rozita kini berdepan dengan senario tak popular selepas berkahwin, beliau tidak terlalu memikirkannya. Malah kehadiran Aaisyah terus membuat rezekinya dan suami murah.

"Sebelum kahwin, masa kahwin dan lepas kahwin...kontroversi itu memang tak lekang dengan saya. Bila lahir Aaisyah pun ada kontroversi yang memalit nama saya. Tapi saya bersyukur kehadiran Aaisyah membuatkan ramai wanita yang nak mengandung.

"Orang selalu cakap rezeki anak dan saya bersyukur. Cuma kini sejak setahun lepas saya sudah malas nak berlakon lagi. Ada juga tawaran berlakon telefilem yang sempat saya lakukan dalam tempoh itu tetapi sudah tidak sekerap macam dulu. Tawaran berlakon memang ada tapi saya yang tolak.

"Saya kini mahu memberi tumpuan penuh kepada produksi Padusi Picture. Alhamdulillah selepas penerbitan telefilem Wak Sayang Lu dan program masakan Resipi Memikat Suami, tumpuan kepada program masakan Aku Masak Kau Yang Panas pula," katanya yang memberitahu perniagaan tudung dan jubah Padusi Couture akan melancarkan koleksi Zeta En Rawdah tidak lama lagi.

Penghargaan:

Hotel The Royale Chulan, Damansara (www.royalechulandamansara.com.my)

Pengurus Perhubungan Awam, Dang Suria Zainurdin

169 dibaca
Berita Harian X