Ahad, 16 Julai 2017 | 10:59pm

Huawei P10 catat jualan dua kali ganda berbanding P9


PERANTI siri Huawei P mendapat tempat dalam senarai Anugerah Jenama Paling Bernilai Forbes 2017. - Foto Roslin Mat Tahir

MODEL Huawei P10 mencatatkan jualan dua kali ganda pada separuh pertama tahun ini berbanding siri P9 pada tahun lalu, sekali gus mengatasi pendahulu pengeluar telefon pintar lain dari segi jualan.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Huawei Technologies Malaysia, Matthew Ng, berkata peranti siri Huawei P menjadi pengukur industri dengan Huawei bukan sahaja menjadi kebanggaan model pertama melepasi 10 juta unit yang dikeluarkan tetapi turut membantu jenama itu mendapat tempat dalam senarai Anugerah Jenama Paling Bernilai Forbes 2017.


TIMBALAN Pengarah Urusan Kumpulan Huawei Technologies Malaysia, Matthew Ng. - Foto Khairull Azry Bidin

"Kami terus berkembang dengan sambutan menggalakkan oleh pelanggan di Malaysia bagi siri Huawei P10 dengan Huawei P10, Huawei P10 Plus dan Huawei P10 Lite menjana jumlah jualan 200,000 unit, tiga bulan selepas ia dilancarkan pada awal tahun ini," katanya dalam kenyataan.

Pada bengkel terakhir Siri Masterclass Fotografi Huawei P10 pada minggu lalu, pengeluar telefon pintar dari China itu berterima kasih kepada pelanggan di Malaysia menerusi sokongan padu yang diberikan.

"Bengkel ini adalah antara cara untuk kami menghargai pelanggan dan kami akan terus berusaha menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan kami menerusi pelbagai platform dengan HUAWEI P10 dan P10 Plus pada tahun mendatang," kata Ng.

Sejak tiga minggu lalu, peminat fotografi telefon pintar berkumpul untuk berkongsi tips teori dan praktikal untuk memanfaatkan teknologi kamera Leica yang dibangunkan bersama model Huawei P10 dan Huawei P10 Plus pada Bengkel Fotografi Masterclass Huawei P10.

Dalam sesi perkongsian untuk meraikan fotografi telefon pintar sebagai hasil seni, pelanggan Huawei didedahkan kepada pelbagai bengkel fotografi termasuk Fotografi Sinematik, Fotografi Jalanan dan Visual Penceritaan.


MODEL Huawei P10 mencatatkan jualan dua kali ganda pada separuh pertama tahun ini berbanding siri P9 pada tahun lalu. - Foto Roslin Mat Tahir

Bengkel terakhir dalam siri ini dipimpin oleh jurugambar perkahwinan, potret dan fesyen, Nic Chung dengan tips mengenai aktiviti kegemaran jurugambar telefon pintar, gambar kandid bersama rakan.

Dalam usaha membina kejayaan luar biasa bagi model HUAWEI Mate 9 dan HUAWEI P9 dual kamera, HUAWEI P10 dan HUAWEI P10 Plus memperkenalkan kamera dual terbaru HUAWEI yang direka bersama Leica - Leica Dual-Camera 2.0 dan Leica Dual-Camera 2.0 Pro Edition.

Kedua-dua peranti adalah yang pertama dibangunkan dengan teknologi wajah 3D yang tepat, penambahbaikan potret dan pencahayaan yang dinamik.

Kamera ini direka dengan sensor RGB 12 megapiksel, sensor monokrom 20 megapiksel dan gabungan algoritma yang dipertingkatkan.

Maklumat lanjut, layari http://consumer.huawei.com.

308 dibaca
Berita Harian X