Ahad, 16 Julai 2017 | 10:55pm
HP Z Workstations

HP perkenal 3 penyelesaian pejabat pintar


HP EliteBook x360

HP EliteBook x360, HP Elite x2 1012 G2 dan HP Z Workstations tampil dengan inovasi terkini

HP PPS Sales Sdn Bhd memperkenalkan tiga penyelesaian baharu bagi pejabat pintar untuk pelanggan komersialnya di negara ini.

Selaras dengan aspirasi mewujudkan pejabat masa depan, HP mengetengahkan tiga rangkaian produk iaitu HP EliteBook x360, HP Elite x2 1012 G2 dan HP Z Workstations yang ditawarkan pada harga runcit dicadangkan dari RM5,299.

Pengarah Perniagaan Kategori Komputer Peribadi HP PPS Sales, Frankie Chan berkata, persekitaran kerja yang tidak hanya tertumpu pada satu lokasi menuntut HP tampil dengan inovasi terkini yang mampu memenuhi kesesuaian tuntutan persekitaran masa kini.

Katanya, keupayaan teknologi yang memberi inspirasi, menarik dan selamat dapat meningkatkan produktiviti, kualiti dan kreativiti kerja walaupun bukan berpusat di bawah satu bumbung.


HP Elite x2 1012 G2

"Hasil kajian menunjukkan, hari ini lebih 70 peratus pekerja di Asia bekerja lebih daripada satu lokasi. Persekitaran ini dijangka terus meningkat apabila generasi Z dan milenium menjadi majoriti memenuhi kadar pekerjaan menjelang 2020.

"Generasi alaf baharu ini dijangka memerlukan peranti berteknologi dan persekitaran lebih kondusif bagi menghasilkan mutu kerja yang unik," katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Pengurus Pembangunan Pasaran Komersial HP PPS Sales, Lee Kum Weng dan Tan Moo Yoong; serta Pakar Mobiliti HP PPS Sales, Andrew Yik.

Bagi produk HP EliteBook x360, HP menawarkan komputer riba rekaan dan fungsi terkini termasuk boleh dijadikan tablet itu ditawarkan pada harga runcit bermula RM5,299.

Dengan dimensi 31.69 x 21.85 x 1.49 cm, ia menjadi peranti mudah alih paling nipis di dunia yang ditawarkan untuk sektor komersial bagi membantu perniagaan menghasilkan pembaharuan dari segi ruang kerja dan fleksibiliti.

Dengan sistem operasi Windows 10, FreeDOS 2.0 dan Neokylin Linux 64, HP EliteBook x360 dikuasakan dengan prosesor Intel Core i5 dan i7 Generasi Ke-7, di mana paparannya boleh dilipat pada kadar 360 darjah.

Sementara itu, bagi produk HP Elite x2 1012 G2, peranti yang ditawarkan pada harga dari RM5,299 itu menawarkan kuasa seakan komputer peribadi yang menggabungkan prestasi komputer riba dan tablet.

Direka dengan pengesahan aplikasi Skype for Business, ia mendapat sentuhan kejuruteraan kelas elit dengan pengurusan keselamatan menerusi perlindungan HP Sure Start Gen3 BIOS.

Bagi HP Z Workstations, dua varian ditawarkan iaitu HP Z2 Mini G3 dan HP ZBook Studio G3 yang masing-masing ditawarkan pada harga dari RM5,800 dan RM8,500.

HP Z2 Mini G3 dipacu oleh peranti Thunderbolt 3 yang menggunakan prosesor Intel Xeon dan grafik NVIDIA Quadro boleh disambungkan kepada enam skrin dalam satu masa selain mendapat pengesahan perisian paling popular iaitu CAD.

HP ZBook Studio G3 yang seberat dari hanya dua kilogram dan kenipisan 18mm menterjemahkan prestasi dan gaya yang inovatif bagi sebuah komputer riba.

Info:

  • * HP EliteBook x360 - Harga dari RM5,299
  • * HP Elite x2 1012 G2 - Harga dari RM5,299
  • * HP Z Workstations

    - HP Z2 Mini G3 - Harga dari RM5,800

    - HP ZBook Studio G3 - Harga dari RM8,500

150 dibaca
Berita Harian X