Ahad, 16 Julai 2017 | 12:08pm

Wajah baharu FZ150i


Yamaha FZ150i (150cc) .

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan warna dan grafik baharu bagi model 'naked' jalanan, Yamaha FZ150i (150cc) untuk pasaran Malaysia.

Motosikal 4-lejang paling laris di negara ini itu kini ditawarkan pada dengan warna kuning, biru dan merah.

Ia dijual pada harga asas selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) RM9,156.28 dan berada di pasaran mulai bulan lalu.

Usaha konsisten

Pengenalan warna dan grafik baharu Yamaha FZ150i itu selaras dengan usaha HLYM yang secara konsisten untuk menawarkan penampilan yang inovatif bagi model keluarannya bagi memenuhi keperluan pelanggan.

HLYM berkata, pengenalan warna dan grafik baharu itu turut menyaksikan warna lama tidak lagi dikeluarkan.

Info: Yamaha FZ150i

  • Harga asas selepas cukai barang dan perkhidmatan (GST) RM9,156.28
  • Warna kuning, biru dan merah
  • Berada di pasaran mulai Jun 2017.
501 dibaca
Berita Harian X