Khamis, 13 Julai 2017 | 9:41am

Dua rumah PPRT terbakar


KEADAAN kebakaran melibatkan bilik rekod kertas siasatan, unit siasatan jenayah komersil pagi tadi di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu.- Foto Harun Yahya

MIRI: Dua kediaman termasuk sebuah rumah yang dibina bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) musnah terbakar di Desaras Tudan, malam tadi.

Pegawai Penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Awangku Mohd Azmin Awang Zainal, berkata rumah PPRT itu adalah jenis separuh kekal, manakala sebuah lagi kediaman itu adalah dari jenis tidak kekal.

"Sebuah jentera bomba bersama tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk memadam dan mengawal kebakaran itu.

"Bagaimana pun ketika bomba tiba, struktur rumah yang didirikan berhampiran antara satu dengan yang lain sudah musnah terbakar. Kebakaran dikawal sepenuhnya jam 8.45 malam," katanya hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

163 dibaca
Berita Harian X