Ahad, 9 Julai 2017 | 2:44pm
Kira-kira 140,000 penduduk di Los Angeles, Amerika Syarikat terputus bekalan elektrik untuk hari kedua, semalam.

140,000 penduduk LA bergelap

LOS ANGELES: Kira-kira 140,000 penduduk di Los Angeles, Amerika Syarikat terputus bekalan elektrik untuk hari kedua, semalam selepas sebuah stesen pencawang terbakar, kata pihak berkuasa.

Difahamkan, kebakaran itu tercetus akibat musim panas dengan suhu mencecah sehingga 32 darjah celsius.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Air dan Tenaga Los Angeles (LADWP) berkata, beberapa kru kini membantu operasi jabatan bomba selain menjalankan penilaian kerosakan di stesen pencawang Receiving Station J, utara San Fernando Valley.

Menurut jabatan itu, kira-kira 140,000 pelanggan kediaman dan komersil terputus bekalan elektrik untuk membolehkan kru memadamkan kebakaran.

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan mengenai bila bekalan elektrik akan disambung, ia hanya akan dilakukan selepas kebakaran dipadamkan dan sistem distabilkan, kata LADWP yang membekalkan tenaga kepada 1.6 juta pelanggan di bandar Los Angeles. - Reuters

141 dibaca
Berita Harian X