Ahad, 25 Jun 2017 - 8:20AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

16 maut serangan dua pengebom nekad wanita


Penduduk menguruskan mayat mangsa pengeboman berani mati di Kofa, di timur laut Nigeria. - Foto AFP

MAIDUGURI, NIGERIA: Sekurang-kurangnya 16 orang maut apabila dua pengebom nekad meletupkan diri berhampiran kem Dalori di kampung Kofa, negeri Borno, di timur laut Nigeria.

Jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Abdulkadir Ibrahim berkata dua wanita cuba masuk ke dalam kem itu pada jam 8.45 malam tadi waktu tempatan, tetapi dihalang pengawal keselamatan kem itu.

"Dua rakan mereka yang lain meletupkan diri di kampung berdekatan Dalori Kofa dan menyebabkan 16 terbunuh, tidak termasuk pengebom nekad itu," kata dalam satu kenyataan.

Dalori Kofa, kira-kira 10 kilometer dari tenggara Maiduguri adalah kawasan penempatan sementara penduduk yang menjadi mangsa keganasan militan Boko Haram.

Abdulkadir berkata, 16 mangsa yang terbunuh termasuk tiga penghuni kem yang sebelumnya dilaporkan cedera parah dan dirawat di hospital, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian. - AFP


Trending

    Disyorkan