Isnin, 19 Jun 2017 | 9:34pm

Morais ketua jurulatih baharu JDT


Ketua Jurulatih Johor DT II, Benjamin Mora. - Foto NSTP/Hasriyasyah Sabudin

KUALA LUMPUR: Belum sampai 24 jam Johor Darul Ta'zim (JDT) 'mengembalikan' Benjamin Mora ke Johor Darul Ta'zim (JDT II), pendahulu Liga Super itu melantik Ulisses Morais sebagai ketua jurulatih dan pengurus pasukan itu.

Perkembangan itu disahkan menerusi akaun rasmi pasukan itu, Johor Southern Tigers, sebentar tadi.

Jurulatih kelahiran Portugal itu menjadi pilihan pasukan terbabit bagi menggantikan Mora dan kini berdepan misi untuk mengekalkan Piala Liga Super di bumi Johor, selain memburu trofi Piala Malaysia musim ini.

Morais mempunyai pengalaman melatih beberapa kelab divisyen utama dan kedua Portugal seperti Famalicao, Aves, S.C Beira-Mar serta Academica De Coimbra.

Selain itu, pengendali berusia 57 tahun itu juga pernah melatih ramai pemain ternama sepanjang kariernya di Eropah.

213 dibaca
Berita Harian X