Isnin, 19 Jun 2017 | 8:36pm
HIASAN dalaman Volvo V40. - Foto Aswadi Alias
VOLVO V40. - Foto Aswadi Alias

Volvo V40 T5 diperkenal


VOLVO V40. - Foto Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: Volvo Car Malaysia, memperkenalkan Volvo V40 T5 Inscription versi peningkatan bagi pasaran tempatan.

Ini adalah barisan baharu bagi siri V40 yang memberikan reka bentuk lebih hebat selain mengembalikan segmen hatchback seperti Volvo siri 90.

Pengarah Urusannya, Lennart Stegland, berkata, pengenalan barisan baharu V40 sangat penting bagi pihaknya kerana ia adalah model jualan terbaik Volvo Malaysia selepas XC90.

Lennart berkata, kehadiran V40 T5 Inscription ini diharap dapat terus meningkatkan jualan kenderaan Volvo Malaysia selain terus menjadi pilihan pengguna dalam segmennya.

Barisan V40 di Malaysia disatukan dalam satu varian saja, iaitu V40 T5, dengan varian V40 T4 dan V40 Cross Country sebelum ini dihentikan buat waktu ini.

Penggunaan powertrain Drive-E baharu semakin meluas digunakan merentas barisan kenderaan Volvo, dengan V40 T5 Inscription turut menggunakannya.

Volvo V40 T5 Inscription kini digerakkan pengaturan enjin 2.0 liter 4-silinder baharu yang dikongsi bersama model lain.

Digabungkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan bersumberkan Aisin, V40 T5 Drive-E baharu itu berupaya memecut dari 0 ke 100km/j dalam 6.3 saat dengan mencapai kelajuan maksimum 245 km/j.

V40 T5 Inscription juga menawarkan yang terbaik dari segi ciri-ciri keselamatan, seperti City Safety, Autonomous Emergency Braking (AEB), Blind Spot Information System, Cross Traffic Alert dan Park Assist Pilot.

Harga runcit atas jalan tanpa insurans termasuk GST bagi Volvo V40 T5 Inscription ialah RM180,888.00.

Volvo V40 T5 baharu didatangkan dengan empat warna iaitu Ice White, Onxy Black, Osmium Grey dan Luminous Sand.

71 dibaca
Berita Harian X