Isnin, 19 Jun 2017 | 7:05pm

Misbun ketepi sentimen keluarga


DATUK Misbun Sidek. - Foto Owee Ah Chun

IPOH: Datuk Misbun Sidek yang kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih perseorangan berkata, anaknya Misbun Ramdan perlu melalui proses penilaian yang sama seperti pemain-pemain lain.

Misbun diberi tanggungjawab untuk memastikan legasi pemain perseorangan negara dapat diteruskan selain membantu anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei memburu gelaran dunia.

Namun timbul persoalan sama ada anaknya, Ramdan berada dalam perancangan lagenda perseorangan negara itu.

Ketika ditanya berhubung perkara itu Misbun berkata, seperti pemain lain Ramdan perlu membuktikan kemampuannya terlebih dulu.

"Saya diberi amanat untuk mencari hanya pemain berkaliber. Dalam menggalas tanggungjawab. Saya ketepikan sentimen kekeluargaan.

"Walaupun dia anak saya tetapi di gelanggang saya jurulatih. Siapa dengar cakap, berpotensi dan berbakat saya terima," kata Misbun.

Ketika Kejohanan Badminton Kejuaraan Kebangsaan Celom Axiata di Hulu Kinta, Februari lalu, Ramdan pernah ditanya, "Jika BAM panggil, bagaimana?.

"Itu kena tanya Papa (Misbun Sidek)," kata Ramdan.

257 dibaca
Berita Harian X