Ahad, 25 Jun 2017 - 8:21AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Polis trafik terima pek berbuka puasa

Oleh Nur Afiradina Arshad



PENGURUS Besar Grand Millennium, Peter Gibbons menyampaikan pek berbuka puasa kepada polis trafik di hadapan hotel Grand Milennium. - Foto Saifullizan Tamadi

KUALA LUMPUR: Seramai 70 anggota polis trafik yang bertugas di sekitar Jalan Bukit Bintang menerima pek berbuka puasa di hadapan hotel Grand Millennium, dekat sini petang tadi.

Pemberian pek berbuka puasa disampaikan oleh Pengurusan Besar Grand Millennium, Peter Gibbons dengan disertai oleh Pegawai Turus Siasatan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Shafie Daud.

Pengurus Besar Grand Millennium, Peter Gibbons, berkata ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak polis trafik yang menjaga laluan di sekitar Jalan Bukit Bintang ini terutama di hadapan hotel berkenaan.

"Ini satu cara penghargaan kepada pihak polis yang sentiasa menjaga keamanan dan keselamatan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur supaya berjalan lancar.

"Sebanyak 30 pek berbuka puasa diberikan kepada polis trafik yang melalui kawasan ini manakala 40 lagi diedarkan ke Jabatan Siasatan Penguatkuasaan (JSPT) Trafik Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anggota polis sudah banyak berkorban dan seharian menjalankan tugas terutama dalam bulan Ramadan ini tanpa mengira panas atau hujan.

"Pemberian pek berbuka puasa ini adalah salah satu tanggungjawab dan cara mewujudkan sinergi antara komuniti dan polis trafik," katanya.


Lagi Berita:

Trending

    Disyorkan