Ahad, 25 Jun 2017 - 8:16AM
Waktu Solat Kuala Lumpur:

Rempuhan van: Dua orang dikhuatiri maut


POLIS berkawal selepas sebuah van merempuh penduduk berhampiran masjid Finsbury di utara London.- Foto Reuters

LONDON: Dua orang dikhuatiri terkorban selepas sebuah van merempuh penduduk berhampiran masjid Finsbury Park di utara London, lapor akhbar The Sun.

Sekurang-kurangnya 10 lagi cedera dalam dalam kes yang disifatkan polis sebagai 'kejadian besar'.

Sementara itu, akhbar Evening Standard pula melaporkan, seorang lelaki melompat keluar dari van putih dan menikam sekurang-kurangnya seorang mangsa berhampiran masjid itu, memetik kenyataan saksi.

Perdana Menteri Britain, Theresa May, yang sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan berkata, beliau bersimpati dengan mangsa.

Pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn, berkata beliau 'amat terkejut' dengan kejadian itu.

"Saya amat terkejut dengan kejadian di Finsbury Park malam ini.

"Saya bersimpati dengan mangsa dan komuniti yang terjejas akibat kejadian buruk ini," katanya menerusi Twitter. - Reuters


Trending

    Disyorkan