Selasa, 13 Jun 2017 | 1:40am

Nadal melonjak ke ranking kedua dunia


RAFAEL Nadal. - Foto AFP

PARIS: Kejayaan Rafael Nadal merangkul gelaran ke-10 Terbuka Perancis pada Ahad lalu melonjakkan ranking pemain ini kepada kedudukan kedua dunia, mengikut laporan terkini yang dikeluarkan ATP Dunia, sebentar tadi.

Pemain berusia 31 tahun ini memecahkan rekod peribadinya di Roland Garros apabila mudah membenam cabaran Stan Wawrinka dalam aksi final berat sebelah untuk merangkul gelaran Grand Slam ke-15 sepanjang kariernya.

Nadal, yang merudum ranking ke-10 pada tahun 2015, menang 6-2, 6-3, 6-1 ke atas Wawrinka untuk muncul pemain pertama dalam sejarah yang menang gelaran utama di kejohanan sama sebanyak 10 kali. - AFP

Berikut adalah ranking terkini ATP Dunia:

1. Andy Murray (GBR) 9.890 mata

2. Rafael Nadal (ESP) 7.285 (+2)

3. Stan Wawrinka (SUI) 6.175

4. Novak Djokovic (SRB) 5.805 (-2)

5. Roger Federer (SUI) 4.945

6. Milos Raonic (CAN) 4.450

7. Marin Cilic (CRO) 4.115 (+1)

8. Dominic Thiem (AUT) 3.985 (-1)

9. Kei Nishikori (JPN) 3.830

10. Alexander Zverev (GER) 3.070

11. Jo-Wilfried Tsonga (FRA) 3.040

12. Grigor Dimitrov (BUL) 2.980 (+1)

13. David Goffin (BEL) 2.785 (-1)

14. Tomas Berdych (CZE) 2.570

15. Gaël Monfils (FRA) 2.545 (+1)

16. Lucas Pouille (FRA) 2.365 (+1)

17. Pablo Carreno Busta (ESP) 2.360 (+4)

18. Jack Sock (USA) 2.335 (-3)

19. Roberto Bautista Agut (ESP) 2.155 (-1)

20. Nick Kyrgios (AUS) 2.110 (-1)

40 dibaca
Berita Harian X